Selain Erin Malek dan Wawa Zainal, nampkanya kini Natasha Hudson turut sama menyertai barisan artis yang hamil pada tahun 2015 ini. Menurut Natasha yang berdarah kacukan Melayu-Australia ini, kandungannya kini sudah pun berusia 5 bulan.
BACA: Natasha Hudson, Amyra Rosli Ganti Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White
“Kini usia kandungan saya sudah memasuki usia lima bulan. Soal perancangan untuk menambah jumlah zuriat ini memang dirancang saya dan suami. Saya rasa di usia muda ini dan dengan kesihatan yang masih baik lebih baik digunakan untuk membesarkan lagi keluarga saya”
“Alhamdulillah keluarga kami juga banyak menolong jika tidak menang tangan atau terlalu sibuk dalam urusan anak. Selebihnya saya berserah dan tawakkal kepada Allah SWT dan semoga segala urusan kami sentiasa di permudahkan,” katanya dipetik daripada portal Murai.
Selain itu, Natasha yang juga merupakan duta AuraWhite ini baru sahaja menamatkan pengajian tahun kedua dalam bidang ijazah sarjana kursus pengajian Islam dan bakal berkongsi tentang kejayaan label fesyen miliknya pada pelancaran laman web rasminya tidak lama lagi. (rtky/s)