‘Nang’ Padu! Pembukaan SUKMA Sarawak Se-Level Antarabangsa

Kami pasti anda mesti tahu berita tular tentang pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak yang disamakan setaraf antarabangsa itu kan?

“Paris Who?” Pembukaan Sukma 2024 dah setaraf antarabangsa dah tau. Pembukaan Olimpik di Paris haritu pun boleh kalah. Buktinya, ramai yang memuji kerana persembahan pembukaan ini berkelas dunia!

Rakyat Malaysia sekarang ni dah mula ‘demam’ SUKMA pula tau. Anda dah tengok belum video pembukaan tu? Fuh meremang kami tengok video ni gais. Nah tengok cepat!

@astroarena Paris? Apa tu! Ini Sarawaklah! #Sukma2024 ? original sound – Astro Arena

Amacam? Padu gila kan! Inilah semangat Malaysia yang patut kita banggakan. Terbaiklah!

Kalau anda nak tahu, Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 ini dibuka secara rasmi dalam satu majlis pembukaan yang dilangsungkan dengan penuh gemilang di Stadium Sarawak pada Sabtu, 17 Ogos lalu.

Memang kalau anda dapat lihat, sambutan rakyat Sarawak cukup luar biasa! Sebagai tuan rumah, mereka juga bersemangat membanjiri pekarangan stadium seawal jam 2 petang. ‘Nang’ padu!

Majlis pembukaan rasmi itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abdul Halim.

Majlis ditambah seri lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Untuk info anda, Hannah Yeoh ada membuat satu postingan berkenaan SUKMA ke-21 ini.

Kata beliau, “Sukan SUKMA ke-21 ini merupakan temasya terbesar dalam sejarah dan menyediakan platform terbaik dalam membangunkan bakat serta menyediakan pool atlet.

“Ianya bakal mempertandingkan 37 jenis sukan melibatkan 9 bahagian di seluruh negeri Sarawak termasuk sukan baharu seperti softball, kriket, kabaddi, silambam, dan catur. Buat pertama kalinya, atlet wanita menyertai kesemua 37 jenis sukan termasuk acara sepak takraw berpasukan wanita.”

Tambah beliau, “Sukan elit bermulanya dari Sukan Malaysia bagi atlet bawah 21 tahun. Atlet kita di sini, adalah bakal atlet kita di Olimpik kelak. Kepada semua atlet, walau apa pun, semasa atau selepas bertanding, berbaiklah dan hormat menghormatilah sesama kita. Seperti pepatah Iban yang kita semua ketahui, “Agi Idup Agi Ngelaban!”(Berjuang selagi nafas masih ada). Inilah semangat kesukanan. Inilah Malaysia!”

×