Pelakon Uqasha Senrose meminta para suami untuk menghargai isteri yang sudah berpenat lelah melahirkan dan mengasuh anak-anak.
Menerusi perkongsian di Instagram, Uqasha berkata suami perlu memahami pengorbanan besar isteri yang menguruskan anak sendirian tanpa pertolongan pembantu sehingga ada yang tidak cukup tidur,
BACA: Uqasha Senrose Nafi Perkahwinan Bergolak
“Hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapaYang tidak cukup tidur, yang basuh baju anak, lipat baju anak susun baju anak. Basuh botol susu, buat susu.
“Tidur sampai hendak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut. Nak masuk tandas pun kena pegang anak, kalau letak anak menangis. Hendak mandi pun tak sempat, takut anak menangis.
“Bagi yang ada pembantu, alhamdulillah, bagi yang mengasuh sendiri ingatlah bahawa sangat besar pahalanya,” tulisnya.
Sementara itu, Uqasha turut merasa sebak mengenangkan momen kehamilan selama sembilan bulan dan sudah melalui tempoh enam bulan membesarkan anaknya. Hawra Uqaira. Uqasha turut mendoakan semoga puteri sulungnya berada dalam keadaan baik dan dirahmati Tuhan.
“Ya Allah lindungi anakku. Jagalah di setiap langkah kakinya, di setiap detak jantungnya dan di setap hembusan nafasnya.
“Ya Allah panjangkanlah umur anakku, terangilah hatinya, teguhlah imannya, cerdaskan akalnya, baikkan amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkan dia dengan kebaikan dan jauhkanlah dari segala keburukan,” tulisnya.
SUMBER: HibGlam