Perkongsian pelakon Faizal Hussein menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Fazrick Faizal.
Menerusi hantaran itu, Faizal menyambut hari lahir anaknya bersama ahli keluarga lain di sebuah restoran mewah di ibu kota.
BACA: Faizal Hussien Cuak, Anak Dara Mesej Nak Jadi ‘Isteri Batin’
View this post on Instagram
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan anak lelaki aktor itu termasuk anak perempuannya.
Tidak kurang juga, ramai yang berseloroh mahu menjadi menantu Faizal serta meninggalkan dialog, “Nak anak Walid boleh?”, merujuk kepada watak lakonan Faizal dalam drama Bidaah.
Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada 3 Julai 2004. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fazryn, 20, dan Fazrick, 17.