Nak Elak Cemburu, Yusuf Bahrin Bawa Zizi Kirana Ke Set Shooting

Mahu mengelakkan rasa cemburu timbul, pelakon Yusuf Bahrin berkata dia sering membawa isterinya, penyanyi Zizi Kirana ke set penggambaran. 

Memetik Kosmo, Yusuf berkata dia tahu tanggungjawab sebagai suami adalah untuk menjaga hati isteri dan adalah lebih baik jika Zizi melihatnya bekerja serta menerangkan keadaan sebenar.

BACA: Hormat Isteri, Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita

“Sebenarnya saya yang ajak dia, kasihan isteri duduk seorang diri di rumah. Lebih baik dia tengok saya ada di depan mata. Dia tiada masalah cemburu. Biasalah perempuan kalau cemburu sikit-sikit, itu lumrah. Kalau kita mesra sangat dengan perempuan lain dia akan rasa lain.

“Kita sebagai suami kena terangkan. Bagi saya manusia normal memang ada perasaan itu. Cuma itu cara saya untuk mengelakkannya dengan selalu bawa dan hubungi dia,” katanya.

Menurut Yusuf, selepas berkahwin dia menjaga batas dengan tidak melakukan babak bersentuhan atau berpelukan dengan wanita.

“Cabaran dalam drama ini saya kena berjaga-jaga untuk elak babak bersentuhan sebab saya dah kahwin. Kalau dulu saya free and easy tapi bila dah kahwin kena lebih berhati-hati demi jaga hati isteri juga.

“Saya akan pegang atau tarik baju saja kalau ada babak yang perlu bersentuhan. Kalau babak romantik saya minta teknik kamera,” katanya.

Terdahulu, Yusuf mendirikan rumah tangga dengan Zizi Kirana pada 19 September tahun lalu.

×