Pelakon Zahnita Wilson mempertahankan diri selepas adik iparnya mendakwa dia membawa lelaki tidak dikenali masuk ke dalam rumah pada hari raya pertama lalu.

Memetik mStar Online, Zahnita berkata lelaki itu merupakan kenalannya yang berkunjung untuk menyambut hari raya serta mempersoalkan adakah kawan tidak boleh datang beraya.

BACA: Adik Ipar Buat Pendedahan, Siapa Lelaki Berbaju Raya Di Rumah Zahnita?

“Saya nak ada kawan pun tak boleh kan. Kawan datang nak raya tak boleh ke? Bagi saya semua itu telah disalah anggap,” katanya.

Sementara itu, Zahnita mengakui menumpang kereta lelaki tersebut untuk ke Kuala Lumpur kerana dia tidak ada kenderaan sendiri.

“Saya tumpang dia balik Kuala Lumpur sebab tiada kereta. Dia tanya nak tumpang balik rumah ibu tak? Tiba-tiba di hari kejadian saya kena ‘serang’ oleh adik ipar. 

“Saya keluar rumah sebelum ini sehelai sepinggang, semua sudah diambil. Bila timbul isu sebegini, ia memenatkan mental saya,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×