Nafi Putus Cinta, Adira Padam Gambar Kekasih Bersebab

Peminat dunia hiburan kita memang teliti akan aktiviti selebriti kesayangan mereka, apa pun yang berlaku di dunia nyata dan dunia maya berada di bawah kuku jari mereka. Anda semualah, terima kasih.

Terbaru, tindakan Adira AF membuang semua gambar teman lelakinya di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan mereka berdua sudah berakhir — gosip bersama Lana Nordin turut menyumbang kepada spekulasi.

BACA: Lana Nordin Akui Kini Sedang Bercinta, Bukan Dengan Bekas Kekasih Adira

Bercakap kepada Kosmo! berkaitan tanda tanya peminat, Adira AF berkata yang hubungan beliau bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin masih seperti biasa dan baik.

“Saya buang gambar dia sebab komen-komen negatif daripada golongan pembenci (haters). Saya mahu mengelak daripada ia menjadi lebih buruk. Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gambar Shahrul yang tidak dipadamkan,” jelas Adira AF ringkas.

Penyanyi ini juga berkata yang beliau bakal melancarkan album pertama pada penghujung Februari ini selepas ianya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Album pertama, akhirnya.

×