fbpx

Nadia Brian Doa Jumpa Lelaki Baik, Boleh Bimbing Ke Jalan Allah

Meskipun pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini namun ia tidak menutup hari pelakon Nadia Brian untuk bergelar isteri lagi.

Menurut Nadia, dia sentiasa berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik pada tahun hadapan. Ujarnya, dia tidak pernah menyesal dengan perkahwinan tidak menjadi sebelum ini.

BACA: Nadia Brian Tak Serik, Teringin Kahwin Lagi

“Kalau ditanya apakah yang saya inginkan untuk 2022 ini, selain mengharapkan kerjaya yang lebih baik, saya juga berdoa Allah akan pertemukan saya dengan seseorang sebab saya masih ada perasaan untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya tak pernah menyesal pun dengan rumah tangga sebelum ini yang tak menjadi. Tak pernah tutup pintu hati malah selalu berdoa agar Allah pertemukan saya dengan jodoh yang baik dan mahu hubungan berkekalan,” katanya.

Berkongsikan ciri-ciri lelaki yang dicari, Nadia berkata dia mahu pasangan yang boleh membimbing dirinya ke jalan Allah dan paling penting serasi dengan dirinya.

“Saya tidaklah letakkan ciri-ciri khas sebab masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku.

“Saya mahu seseorang yang boleh bawa saya ke jalan Allah dan paling penting boleh serasi dengan saya. Saya harap peminat semua dapat doakan,” katanya.

Terdahulu, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada November 2018 namun bercerai pada April 2021.