Berpunca daripada kisah tidak menegur Azwan Ali, Nabil Ahmad membuat permohonan maaf terhadap selebriti berkenaan. Memetik kenyataan Nabil di BH Online, dia sememangnya tidak nampak langsung kelibat Azwan di KLIA.

BACA: Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter


Nabil Ahmad Rendah Diri Mohon Maaf Pada Azwan Ali - ROTIKAYA_in

“Saya sebenarnya tidak nampak kelibat dia pun di Jeddah sampai ke KLIA. Jadi, bagaimana saya hendak menegur beliau kerana saya tak nampak pun dia (Azwan). Tak pernah lagi saya tak menegur orang kalau sudah nampak depan mata”

“Saya malas nak melayan isu ini dan kalau boleh hendak menjauhkan diri daripada perkara negatif. Lagipun saya baru pulang dari rumah Allah, malaslah hendak bergaduh. Oleh itu, saya memilih untuk memohon maaf di Twitter”

“Saya rasa tindakan itu paling tepat untuk dilakukan oleh saudara Islam kepada saudara Islam,” jelas Nabil. Semoga dengan permohonan maaf ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua selebriti ini di masa hadapan. (rtky/s)