fbpx

Nabil Ahmad Menangis Ketika Ikut Tabligh 3 Hari

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang berkongsikan pengalamannya selepas mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari.

Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila Nabil meluahkan perasaannya sepanjang bersama kumpulan berkenaan. Nabil berkata, dia sebak kerana pada usia 37 tahun dia baru mengetahui suasana beribadah (tahajud, qiamullail dan sebagainya) seperti itu.

BACA: Isteri Nabil Ahmad Tampil Berhijab, Netizen Doakan Terus Bertudung

“Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.

“Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.

Difahamkan, itu merupakan kali pertama Nabil menyertai jemaah tabligh sepanjang hidupnya. Nabil turut meluahkan rasa kesal kerana tidak berbuat demikian lebih awal.

Lebih sebak, Nabil dilihat menangis kerana pada usia tersebut dia baru mula ingin mengenal agama Islam atau tentang kisah-kisah Nabi.

“Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi. Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu,” luahnya.

Nabil akui malu dengan dirinya dalam tempoh tiga hari mengikuti jemaah tabligh berkenaan. Meskipun tiga hari itu adalah tempoh singkat, dia bersyukur kerana diberi peluang mengenal Islam lebih mendalam.

“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya malu ustaz. Saya tak pernah rasa semalu ni. 3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah,” katanya.