Melihat ada beberapa selebriti popular bercerai, pelakon Azhar Sulaiman berkata ia sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan dan rasa sedh.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar menganggap tahun 2024 adalah tahun yang teruk buat pasangan yang berpisah.
BACA: Leona Tak Sependapat Dengan Bapa, Tak Faham Cara Azhar Sulaiman Berfikir
View this post on Instagram
“Tahun 2024 adalah tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Azhar turut memuat naik video memaparkan foto dirinya bersama ahli keluarga.
Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menasihati aktor itu agar tidak bimbang dengan berita perceraian tersebut serta mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.
Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin pada 23 Julai 1995. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Lela Ixora dan Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.