Muntazar Suka Perempuan Muslimah, Tutup Aurat

Pelakon Muntazar Ghufran menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan mengenai pemakaian wanita yang menarik perhatiannya.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, pelakon berusia 25 tahun itu berkata dia sukakan wanita muslimah yang menutup aurat sepenuhnya.

BACA: “Ada Je Perempuan Ingin Mendekati” – Muntazar Ghufran Dah ‘Move On’

“Saya suka perempuan muslimah yang menutup aurat,” katanya.

Sementara itu, Muntazar berkata baginya fesyen ‘red flag’ dimatanya mereka yang memakai seluar singkat dengan berbaju ketat namun itu hanya pandangannya dan berbeza dengan setiap individu.

“Pada saya fesyen yang ‘red flag’ apabila pakai seluar singkat dan berbaju ketat. Tapi kalau ada yang tak setuju dengan pendapat saya itu terpulang. Setiap orang ada style masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Muntazar berkata setiap lelaki perlu ada gaya tersendiri dan berseloroh jika tiada ‘style’ boleh balik rumah.

“Lelaki perlu ada gaya, kalau tiada ‘style’ boleh balik rumah, tidur dekat rumah,” katanya.

SUMBER: TikTok

×