Mahu membuang imej seksi, akhirnya pelakon dan penyanyi Kilafairy membuat keputusan untuk berhijrah bertudung sempena keberkatan bulan Syawal sejak empat hari lalu.

Menurut Kilafairy, keputusannya itu adalah kerana Allah dan bukan paksaan oleh sesiapa. Ujarnya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab tetapi mahu perlahan-lahan membuang imej seksi yang cukup sinonim dengannya terlebih dahulu.


BACA: Buang Imej Seksi, Kilafairy Kini Sudah Berhijab

“Bagi saya bertudung itu memang wajib, tunggu masa sahaja dan sekarang hati saya sudah terbuka.

“Memang sudah lama saya nak pakai, sejak dari tahun lepas lagi. Tetapi saya perlahan-lahan memperbaiki cara pemakaian terlebih dahulu.

“Teruskan doa hari demi hari dan sekarang Alhamdulillah sampai masanya terbuka hati,” katanya kepada Astro Gempak.

Katanya lagi, dia memilih untuk tidak lebih lanjut mengenai proses penghijrahannya itu kepada umum. Dalam pada itu, Kilafairy berkata kedua ibunya orang yang paling gembira dengan keputusannya untuk berhijab.

“Mereka tersangatlah gembira apabila dapat tahu saya bertudung dan selama ini pun mereka tak pernah paksa saya. Mungkin sebab itu juga hati saya lembut,” katanya.