Semalam, pelakon Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati Khalizah Alihan.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah reaksi wajah Fikry ketika majlis akad nikah menjadi bualan ramai menerusi satu video dikongsikan di TikTok.
BACA: Fikry Ibrahim Bergelar Suami, Pilih Bekas Pramugari
@cikjah24 Fikry dah kahwin?? “Moga Allah memberkati perkahwinan ini dan menjadikan anda berdua sebagai pasangan yang saling menyokong dan mencintai dalam setiap langkah hidup.” “Tahniah di atas ikatan suci ini! Moga cinta dan kebahagiaan sentiasa mengiringi langkah-langkah anda berdua.” @Fikry Ibrahim #fyppppppppppppppppppppppp #fikryibrahimoffmarket#fyp??
Diruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan mengenai keadaan pelakon itu serta mengatakan wajah pengantin paling tidak ceria.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa wajah Fikry seperti sedih serta mempersoalkan seperti kena paksa untuk berkahwin.
Namun, seorang netizen menafikan dakwaan Fikry ‘terpaksa’ berkahwin sebaliknya pelakon itu yang menguruskan sendiri perkahwinannya itu.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan bukan pengantin tidak ceria sebaliknya tanggungjawab yang akan dipikul selepas ini besar.
Semalam, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di kampung halaman Fikry di Jitra, Kedah dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan rapat di sebuah masjid.
Difahamkan, isterinya Fikry merupakan bekas pramugari dan berasal dari Borneo. Isterinya juga pernah terbabit dalam dunia hiburan sebelum ini