Pelakon Muaz Zabir akhirnya tampil membuka mulut serta mengakui kekhilafannya mengenai dakwaan menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Muaz berkata dia mengakui rapat dengan Bella Astillah namun tujuannya untuk membuatkan suami Bella iaitu Aliff Aziz rasa cemburu.

BACA: Bella Astillah Jalin Hubungan Dengan Muaz Untuk Buat Aliff Cemburu

“Saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan Bella sebelum ini bahawa kami pernah rapat sekitar tahun lepas dan perkara ini sudah diselesaikan

“Saya manusia biasa, tiada niat untuk masuk campur lebih-lebih lagi membabitkan individu yang sudah berumah tangga.

“Kami juga sepakat untuk ‘move on’. Saya hanya dengar keluhan Bella sebagai rakan yang ingin membantu. Tiada niat memporak-peranda rumah tangga orang,” katanya.

Sementara itu, Muaz berkata dia menerima apa saja kritikan netizen apabila sanggup dipergunakan Bella untuk mendapatkan perhatian suami.

“Perkara ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga Bella. Saya tidak dapat menutup mulut masyarakat daripada terus berkata-kata. Saya akui ini memang khilaf saya,” katanya.

Terdahulu, Bella mengakui menjalin hubungan dengan pelakon tersebut untuk membuatkan Aliff rasa cemburu yang ketika itu berlaku curang dengan dua wanita.

×