Pelakon Mona Allen berkongsikan mengenai sisi peribadi pengacara sensasi, Azwan Ali yang dilihat berbeza daripada apa yang dipaparkan di media sosial.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Mona turut mempersoalkan mengapa Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak diangkat dan mendapat pengiktirafan seperti seniman yang lain.
BACA: Azwan Ali Puji Kak KM ‘Show Off’ Kemewahan Sebenar
“Masya-Allah, hebat seorang yang bernama Azwan Ali, heran kenapa dia tidak diangkat seperti seniman lain? Sangat-sangat profesional di set penggambaran, brilliant mind and thinking,” katanya.
Sementara itu, Mona turut memuji Azwan seorang yang sangat berdisiplin dan komited dalam bekerja. Malah, Mona berkata sangat mudah bekerja dengan Azwan dan pengacara itu tidak susahkan orang lain di set penggambaran.
“Sangat mudah bekerja dengan dia, faham tugas yang diberi. Tak banyak karenah, datang paling awal ke set penggambaran. Call time pukul dua petang, pukul enam pagi dah sampai,” katanya.