Mohon Ikat Jamin Dikurangkan, Hafidz Roshdi Hilang Tawaran Berlakon

Dalam prosiding hari ini, pelakon Hafidz Roshdi tidak mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di pada 2 Mac lalu.

Susulan kontroversi rumah tangganya sekaligus menyebabkan pelakon itu hilang pendapatan apabila beberapa syarikat produksi menarik balik tawaran berlakon.

BACA: “Rasa Cinta Saya Terhadap Shuhada Masih Ada” – Hafidz Roshdi

Memetik BH Online, perkara itu dikongsikan peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader yang memohon mahkamah mengurangkan kadar ikat jamin di bawah RM5,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan dua anak.

“Beliau kehilangan pendapatan selepas beberapa produksi menarik balik tawaran berlakon kepada susulan kontroversi dihadapi.

“Beliau juga mengidap gangguan bipolar, namun menjelaskan bahawa ia bukan masalah mental yang serius seperti masalah skizofrenia,” katanya.

Aberdin memohon kadar jaminan itu dikurangkan selepas Timbalan Pendakwa menawarkan ikat jamin RM10,000 dikenakan terhadap Hafidz selaku Orang Kena Tuduh (OKT) dengan beberapa syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pelakon itu dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan pada 28 Mac ini bagi menjalani rawatan.

“Tertuduh diarahkan tidak mengganggu mangsa, selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

“Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan tarikh 9 Jun ini bagi sebutan semula kes, selain laporan perubatan mangsa dan laporan penilaian psikiatri tertuduh,” kata Hakim.

×