Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai tahu anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.
Baru-baru ini, perkongsian Leona sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya mengenakan dress berwarna merah jambu mendedahkan bahagian dadanya.
BACA: Selera Dah Berubah, Leona Kini Tertarik Dengan Lelaki Sepanyol
Difahamkan, Leona menghadiri majlis ‘summer ball’ yang diadakan di pusat pengajiannya dengan kapsyen ‘ciao ciao’ seolah mengatakan dia bakal meninggalkan tempat tersebut kerana tamat pengajian.
Diruangan komen ada yang memuji Leona dilihat cantik pada majlis tersebut dan ada yang memberikan teguran agar pempengaruh itu menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.
Pada Ramadan lalu, bapa kepada pempengaruh itu ada memuat naik paparan mesej bersama Leona. Menerusi mesej tersebut, Leona meminta bapanya mendoakan jodoh yang terbaik buatnya serta dipertemukan dengan lelaki yang sempurna.