fbpx

Mizz Nina Akui Telah Berhijrah Selepas Tunaikan Haji

Sebelum pasangan ini terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, ramai yang mula skeptikal sama ada mereka akan mengubah gaya hidup selepas pulang ke Malaysia lebih lebih lagi si isteri yang terkenal dengan aktiviti seninya yang sangat moden.

Melalui gambar gambar terbaru yang dikirimkan ke Instagram, Mizz Nina nampaknya sudah mula memakai tudung secara penuh selepas pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya baru baru ini dan ramai bertanya adakah ianya kekal atau sementara.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Mizz Nina mengesahkan yang beliau kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Jumaat lalu.

“Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung,” ujar Joe Saiful, pengurus penyanyi itu.

Perkembangan yang sangat bagus kami kira dan pastinya peminat ketika ini tertanya tanya apakah halatuju karier muzik beliau kerana tidak mungkin Mizz Nina akan muncul ke atas pentas dengan imej barunya ini atau adakah akan terus berhenti dari dunia seni?