Mira Filzah Menangis Anak Tiga Bulan Positif Covid-19

Pelakon Mira Filzah berkongsi pengalaman cemas apabila anak lelakinya, Wan Khair Amir berusia 3 bulan disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.

Memetik Harian Metro, Mira berkata dia panik dan menangis apabila mengetahui anaknya itu dijangkiti virus berkenaan selepas melihat keadaan Amir seolah sukar untuk bernafas.

BACA:

“Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

“Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Covid-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19.

“Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Mira berkata dia reda dengan apa yang menimpa anaknya namun bersyukur Amir tidak mengalami simptom teruk.

“Saya percaya kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini. “Alhamdulillah Amir tidak mengalami simptom yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah saja,” katanya.

×