Bermula daripada mimpi suaminya, nampaknya Fouziah Gous kini bakal menimang cahaya mata kedua. Menurut pelakon wanita ini, pada awalnya dia tidak mengambil serius tentang mimpi suaminya.

BACA: Fouziah Gous Buka Akaun Instagram Untuk Kongsi Perkembangan Anak

“Ada cerita kelakar sebenarnya tentang kehamilan saya kali ini. Suami ada beritahu yang dia bermimpi saya mengandung. Tapi saya fikir itu hanya sekadar mainan tidur. Sebab saya pun ada mimpi yang mengarut-mengarut selain mood saya asyik tidak stabil dan sejak kebelakangan ni saya asyik rasa macam perut masuk saya masuk angin”

“Suami bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor mulanya menyangka saya ada gastrik. Saya hampir menjalani rawatan susulan tetapi pada hari yang sepatutnya saya lakukan rawatan tersebut, saya beritahu doktor bahwa simptom-sipmtom yang saya alami ini sama seperti ketika hamilkan anak pertama dulu”

“Kemudian suami bawa saya membuat pemeriksaan doktor sekali lagi dan ketika itu doktor sahkan saya hamil tujuh minggu. Sekarang sudah 14 minggu,” katanya kepada portal Malaysia Digest.

Malah menurut Fouziah, dia turut mengalami perubahan yang berbeza pengalamannya dari melahirkan anak pertama. Apa pun, semoga kesihatan Fouziah akan sentiasa terjaga emi kandungan yang sihat. (rtky/s)