Bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi hakikat dirinya tidak berupaya hamil dianggap kesedihan terbesar dalam hidupnya.
Menerusi temu bual bersama The Sunday Times. Yeoh berkata kenyataan pahit itu diketahuinya sepanjang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.
BACA: PU Syed Pertikai Ramai Teruja Michelle Yeoh Menang Oscar
“Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri,” katanya.
Menurut Yeoh lagi, sepanjang lima tahun perkahwinan dia melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata namun tidak berhasil. Yeoh turut mengakui faktor gagal mendapatkan zuriat menyebabkan rumah tangga dengan Poon, musnah.
“Kami melakukan semua yang diperlukan untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu.
“Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris,” katanya.
Bagaimanapun, Yeoh berkata hidupnya bermakna kerana memiliiki enam anak angkat termasuk anak saudara yang ramai.
“Saya tidak hidup dalam penyesalan sebab saya memberi 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun, kadang kala ia tidak mencukupi,” katanya.
SUMBER: BH Online