Turut dilanda kerisauan kerana mempunyai perniagaan dalam arena muslimah, pelakon cilik Mia Sara turut berharap agar tudung dan jubah di bawah jenamanya tidak menjadi sasaran pihak-pihak tertentu.
BACA: Mia Sara Bakal Tunai Umrah Disember Ini
“Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga. Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya,” jelasnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Mia turut meluahkan rasa terharunya apabila terkenangkan kembali bagaimana susah payahnya perniagaan mereka untuk berada pada tahap sekarang. Malah tambah Mia, tawaran berlakon turut datang mencurah-curah selepas dirinya berhijab.
“Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015. Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah”
“Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga,” ujarnya. Sehingga kini jualan mereka meningkat sehingga tidak dapat menampung permintaan. (rtky/s)