California, 9 Julai (Amanz) — Meta hari ini dilaporkan telah melabur $3.5 bilion pada EssilorLuxottica, sekaligus mendapatkan pegangan kurang 3% pada syarikat pengeluar kaca mata terkemuka tersebut. Untuk makluman, EssilorLuxottica mempunyai sejumlah jenama popular dibawah mereka, termasuk Ray-Ban dan juga Oakley.
Disamping itu, ia turut dikatakan Meta merancang untuk meningkatkan pegangan mereka pada syarikat berkenaan sehingga mencapai sekitar 5%.
Mark Zuckerberg sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena kaca mata pintar. Mereka menerajui arena ini, dimana sedia menawarkan kaca mata pintar berjenama Ray-Ban mereka di beberapa negara. Malah, Mark Zuckerberg turut telah memperlihatkan perancangan masa hadapan, dengan mengintegrasikan sejumlah perkara pada kaca mata pintar mereka, termasuk sokongan Meta AI untuk berinteraksi.

Mark Zuckerberg sebelum ini sedia kecewa kerana lambat bertindak dalam arena telefon pintar yang kini didominasi oleh Apple dan Google. Ini sekaligus membuatkan Mark Zuckerberg memberikan lebih fokus pada beberapa arena baharu, termasuk realiti-maya, kaca mata pintar dan juga kecerdasan buatan.
Selain Meta, sebelum ini Google turut telah melakukan pelaburan pada syarikat kaca mata Warby Parker.
Sumber: Amanz