Sebelum ini pernah dikecam kerana terlalu mesra dengan Zul Ariffin, kali ini aksi mesra Ruhainies dengan pelakon Fadlan Hazim pula menjadi bualan.
Menurut Ruhainies, kemesraannya dengan hero dalam drama hanya untuk menghidupkan watak dalam drama. Ujarnya lagi, dia tahu menjaga batas agar tidak berlebihan.
BACA: Zul Ariffin Pegang Muka Ruhainies, Netizen Tanya Kata Dah Tak Nak Sentuh Perempuan?
View this post on Instagram
“Apa yang saya lakukan adalah mengikut kehendak skrip dan pengarah. Itu adalah tugas pelakon. Kalau perlu mesra, saya akan ikut asalkan ia tidak melampaui batasan,” katanya.
Difahamkan sebelum ini, netizen teruja apabila melihat Ruhainies dan Fadlan berbalas komen manjad di Instagram.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila tular video Zul dilihat berbual dengan Ruhainies sebelum pelakon berbadan sasa itu memegang muka dan memusingnya ke arah kamera kemudian berpegangan tangan.