Pelakon sensasi, Ruhainies menafikan dakwaan akan bertunang dengan Aliff Aziz serta mengatakan dakwaan daripada pelbagai pihak adalah merepek.
Memetik Harian Metro, Ruhainies berkata dia mengakui sedih apabila berita tidak sahih dikeluarkan kerana ia boleh membuatkan salah faham dalam kalangan banyak pihak.
BACA: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Berkhalwat
“Tak akan berlaku (bertunang). Tak adalah, hal itu pun ( penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.
“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies juga enggan menjawab soalan berkenaan sindiran dan tuduhan Bella Astillah yang mendakwa dia perosak rumah tangganya bersama Aliff.
“Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh diatakan, kes hari ini membabitkan kes khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh mengenai isu itu. Insya-Allah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti,” katanya.
SUMBER: Harian Metro