Bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata dia sudah biasa dengan kecaman netizen dan enggan peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai dirinya.
Memetik mStar Online, Ira berkata netizen yang mengecam tidak tahu perkara sebenar dan hanya komen dengan maklumat yang mereka peroleh di media sosial.
BACA: Ira Kazar Syukur Ramai Tegur Makin Cantik, Dapat Tawaran Jadi Penyanyi
“Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam. Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial. Mereka tak tahu perkara sebenar. Tidak mengapa, terpulang apa orang nak cakap,” katanya.
Bagaimanapun, Ira mengakui hatinya terguris apabila netizen bercakap mengenai bapanya, Kazar Saisi kerana pelakon itu tidak melakukan kesalahan.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa pasal saya tapi bila orang kutus ayah, saya memang terkesan. Sedih jugalah tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okay, “ katanya.
Bakal keluar dengan single terbaru berjudul Tak Kisah, Ira berkata dia sudah tidak peduli dengan apa yang netizen perkatakan mengenai dirinya.
“Insha-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video. Tak Kisah sebab lantaklah dengan apa yang orang nak kata,” katanya.
SUMBER: mStar Online