Pelawak Mamat Sepah menjadi perhatian ramai ketika mengendalikan Dol Poscast ketika menjemput pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat sebagai tetamu.
Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna di platform X, tindakan Mamat menimbulkan rasa kurang senang apabila mencelah ketika tetamu sedang bercakap.
BACA: Kain Ihram Berdarah, Mamat Tak Sedar Terluka Ketika Berasak Cium Hajar Aswad
Ketika podcast berkenaan, Syamsul ketika itu sedang menerangkan sesuatu namun Mamat mencelah ketika belum sempat dia menghabiskan ayat.
“Selepas dua minggu saya dapat naik,” kongsi Syamsul.
“Pengetua.. Pengetua,” celah Mamat.
“Perangai yang tak cerdik ni jangan tunjuk dekat orang, daripada tadi saya menahan,” kata Syamsul.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Syamsul menegur tindakan Mamat itu.