Menangi 10 Juta AirAsia BIG Points Untuk Ke Destinasi Impian Anda

AirAsia BIG Loyalty Programme (BIG), program global seumpamanya yang pertama di dunia baru baru ini melancarkan kempen BIG Travel Wish yang berlangsung selama tiga bulan dan akan berakhir 31 Julai 2014 ini.

AirAsia BIG akan memberikan sebanyak 10 juta AirAsia BIG Points melalui kempen ini untuk merealisasikan impian para pemenang yang bertuah untuk melancong ke destinasi pilihan mereka. Sama ada untuk melawat rakan yang sudah lama terpisah, menyambung ikatan dengan saudara mara atau sekadar melawat tempat percutian baru bersama yang tersayang — sebagai ahli AirAsia BIG, impian anda bakal terlaksana.

Dibuka kepada semua, peserta hanya perlu mengisi borang penyertaan di laman Facebook AirAsia BIG dengan menceritakan apakah destinasi impian mereka.

AirAsia BIG akan memilih pemenang dan menunaikan impian yang ada secara mingguan berdasarkan cerita dan elemen percutian serta destinasi impian mereka yang disampaikan melalui borang penyertaan. Pemenang akan diberikan jumlah AirAsia BIG Points yang sesuai dengan penerbangan ke destinasi impian mereka.

Screen Shot 2014-06-30 at 11.50.55 AM

Sejak dibuka untuk penyertaan lebih 35,000 impian telah diterima dalam masa dua bulan dan ada antara sebab kenapa mereka mahu terbang ke destinasi impian sangat menyentuh perasaan dan memberikan inspirasi.

Sebagai contoh, seorang peserta mahukan ibunya, yang sedang menderita penyakit kanser untuk merasai pengalaman menaiki pesawat untuk pertama kali dan ada yang mahu pulang ke kampung halaman yang sudah ditinggalkan lebih 30 tahun.

Bersempena dengan kempen BIG Travel Wish, AirAsia BIG juga telah mengemaskini laman rasmi mereka dengan gambarna yang lebih jelas tentang personaliti, yang terkini dan promosi — memudahkan pengguna untuk melayari maklumat.

Anda masih ada masa untuk menyertai kempen BIG Travel Wish dengan melawat laman rasmi mereka di www.airasiabig.com atau terus ke laman Facebook AirAsia BIG untuk menceritakan kisah dan destinasi impian anda di facebook.com/myBIGshots. Jom!

×