“Memang Kalau Free Hair Terus Kena Seksi Ke” – Netizen

Perkongsian pelakon Mawar Rashid menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik beberapa gambar di Instagram sedang bermain tenis.

Menerusi hantaran itu, Mawar dilhat mengenakan pakaian sukan yang agak ketat bersama skirt pendek berwarna hitam mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

BACA: “Macam Budak 17 Tahun” – Mawar Rashid Dipuji Makin Cantik, Macam Anak Dara

Seperti sudah dijangka, diruangan komen ada yang mempersoalkan perubahan Mawar apatah lagi sebelum ini pelakon itu berhijab serta ada yang bertanyakan jika free hair adakah perlu terus tampil seksi.

Bagaimanapun, ada yang menitipkan nasihat yang baik-baik serta mendoakan agar dibuka semula hati Mawar untuk kembali menutup aurat.

Malah, ada yang memuji kecantikan Mawar persis anak dara dan pandai menjaga penampilan sedangkan sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

×