Pelakon Mawar Rashid mengakui dia turut ‘stuggle’ bergelar ibu tunggal untuk membesarkan tiga orang cahaya mata selepas berpisah pada tahun 2023.

Memetik mStar Online, Mawar yang tidak dapat menahan sebak berkata kekuatan yang diperoleh hari ini adalah sokongan daripadaanak-anak dan juga keluarga serta rakan terdekat.

BACA: Hormat Bekas Suami, Mawar Rashid Pilih Diam

“Mustahil saya tidak tidak ‘struggle’. Banyak benda yang sudah saya lalui namun saya rasa itu adalah keindahan dalam hidup.

“Setiap hari saya berjuang. Bagi saya, sistem sokongan adalah benda yang paling penting. Anak-anak adalah penguat semangat. Setiap kali tengok mereka, saya percaya boleh teruskan.

“Saya takkan berada di sini tanpa sistem sokongan seperti keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Pada saya sistem sokongan sangat penting,” katanya.

Sementara itu, Mawar turut berkongsi momen apabila dia rasa sebak apabila terpaksa tinggalkan anak-anak kerana perlu keluar untuk bekerja.

“Saya fikir inilah perkara yang semua ibu lalui iaitu rasa berat untuk keluar bekerja dan tinggalkan anak-anak, tapi saya perlu fikir untuk terus berjuang,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×