Kumpulan kugiran Masdo mengakui industri muzik negara sedikit terkesan susulan persembahan penyanyi Nur Fazura di Indonesia yang menjadi bualan di media sosial.
Memetik mStar Online, vokalis kumpulan tersebut iaitu Ali Sariah bagaimanapun berharap ianya dapat dijadikan pengajaran untuk melakukan nyanyian lebih baik di masa akan datang.
BACA: Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil
“Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sedikit sebanyak memang tercalar, tapi kena kuat semangat dan jadikan ia satu sebab untuk jadi lebih baik.
“Perkara yang baik kita ambil yang buruk kita jauhkan, jadikan perkara itu pengajaran untuk semua,” katanya.
Sementara itu, Ali berkata penyanyi juga manusia biasa yang tidak sempurna dan boleh melakukan kesilapan, namun mereka harus bersedia berdepan sebarang kemungkinan.
“Kami juga pernah berada di fasa itu, jadi kami faham apa saja yang berlaku. Sebenarnya kena betul-betul sedia sebelum buat persembahan walaupun kadang-kadang ketika itu kita rasa gugup.
“Berada di atas pentas untuk menyanyi perasaan dia lain lagi-lagi seseorang itu jarang buat persembahan,” katanya.
SUMBER: mStar Online