Pelawak Shuib berkongsikan keadaan isterinya, Watie Hanifiah agak sukar apatah lagi perlu menjalani proses berpantang tanpa kehadiran bayi.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Shuib berkata pada minggu pertama isterinya terlalu bersedih sehingga tidak mahu bercakap dengan orang lain, namun keadaan Watie semakin baik.
BACA: “Saat Kamu Di Syurga Ada Ibu Yang Menjaga” – Isteri Shuib Keguguran
“Hari pertama dan kedua, Watie tak mahu bercakap dengan sesiapa kecuali saya dan anak-anak, dia terlalu sedih.
“Minggu pertama agak mencabar untuk saya fahamkan Watie dengan ujian ini. Tapi sekarang alhamdulillah Watie semakin baik keadaannya,” katanya.
Sementara itu, Shuib mendedahkan dia timbul satu perasaan takut dan seolah diselubungi rasa trauma apabila Watie memberitahu dirinya hamil susulan pemergian arwah Siti Sarah sebelum ini.
“Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Bila Watie bagitahu dia mengandung, saya jadi takut hilang dia. Dulu orang pernah cakap, sebabkan Sarah mengandung anak keempat ni kau hilang dia.
“Jadi, bila Watie mengandung, perasaan itu datang. Saya banyak kali bagitahu Watie, saya takut hilang dia. Watie cuma cakap ‘itu jalan yang Sarah lalui’,” katanya.