fbpx

Mas Khan Bagi Rating 6 Per Sepuluh Untuk Filem Polis Evo 3

Umum mengetahui, filem Polis Evo 3 kini sedang hangat diperkatakan apatah lagi baru saja seminggu ditayangkan sudah mendapat kutipan sebanyak RM25 juta.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon Mas Khan dilihat ada berkongsikan pendapatnya mengenai filem arahan Syafiq Yusof itu.

BACA: Mas Khan Akui Jarang Solat 5 Waktu, Cari Pahala Dengan Cara Lain

Mas Khan berkata dia meletakkan tanggapan tinggi pada filem tersebut serta memberi rating sebanyak enam per sepuluh selepas menonton filem itu di pawagam.

Menurut pelakon itu, dia seolah kecewa terhadap filem itu serta menyifatkan setup penggambaran tersebut yang nampak murah.

 

“Aku mintak maaf awal awal kalau ada pihak yang terasa. Secara jujurnya i put high expectations on this movie disebabkan Syafiq Yusof yang direct because he is one of my favourite directors in Malaysia.

“But untuk Polis Evo 3 ni i rasa the touch of “Polis Evo” dah takda. Mungkin disebabkan budget kecil or whatsoever i dont know. The setup semua nampak sangat murah nampak macam low budget punya movie,” tulisnya.

Bagaimanapun, Mas Khan tidak menafikan para pelakon yang membintangi filem itu sememangnya sangat hebat serta memuji filem Polis Evo 1 dan 2.

“I tak pertikaikan soal lakonan sebab barisan pelakon semua mantap gila b*bi! Cuba kita tengok Evo I & Evo 2 betapa gempak nya set dia orang letup sana sini dengan squad polis yang sangat besar tapi evo 3 ni di lebih kepada comedy.

“Jangan cakap aku tak support local film. Aku lah netizen yang excited sampai beli 10 tickets untuk kawan kawan!

“Maybe it’s my fault sebab I put high expectations oh and kenapa I post scene dekat pantai ni, sebab dalam movie ni scene ini sahaja menunjuk kan this is Polis Evo. Kalau ada pihak yang terasa aku mintak maaf,” tulisnya lagi.