Pempengaruh media sosial, Marissa Dania dan suaminya Ahmad Aslam hari ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini atas prosiding pengesahan nikah mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Memetik BH Online, peguam syarie yang mewakili pasangan itu bagaimanapun berkata pihak mahkamah menangguhkan prosiding pada tarikh seterusnya.
BACA: Marissa Dania Minta Ibu Henti Sebar Cerita Tak Benar
“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Siasatan akan disambung pada masa akan datang. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan,” katanya.
Sementara itu, Aslam berkata prosiding tersebut ditunda disebabkan masalah teknikal berkenaan maklumat peribadi namun tidak dapat mengulas lanjut kerana menghormati prosedur mahkamah.
“Ada masalah sedikit berkenaan maklumat peribadi dalam permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
“Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab,” katanya.
Pasangan itu tiba di mahkamah dengan mengenakan pelitup muka dterus bergegas pulang selepas satu jam berada di dewan bicara.
Terdahulu, nama Marissa hangat diperkatakan apabila bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan.
SUMBER: BH Online