Pengawal peribadi Nur Fazura yang dikenali sebagai Shahaszrin Mohd Sabiruddin kesal dengan sikap netizen yang menuduhnya teman lelaki kepada aktres itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shahaszrin memuat naik komen netizen yang membuat tuduhan berkenaan serta mengatakan individu itu telah memfitnahnya.
BACA: “Orang Belanja Cendol, Bukan Suruh Menyondol?” – Bodyguard Fazura Dedah Mengenai Penyondol
“Ikut sedap saja nak tulis kan. Standby ya mak cik. Jangan nanti kata cucu yang main TikTok.
“Mak cik dah fitnah saya. Mak cik tahu apa yang mak cik kena buat kan kalau tak nak benda jadi panjang,” tulisnya.
Sementara itu, dapat dilihat apabila netizen lain membalas komen individu tersebut menjelaskan Shahaszrin adalah pengawal peribadi kepada Fazura.
Terdahulu, Shahasrin dikatakan membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Fazura dan Fattah.