fbpx

Resepsi Fazura, Fattah Amin Bertemakan Fairy Tale

Pelakon jelita Nur Fazura dan suaminya Fattah Amin, yang bakal melangsungkan majlis resepsi pada 25 September ini, telah memberitahu konsep perkahwinan mereka adalah berunsurkan tema ‘fairytale’.

BACA: Ketawa Sepuasnya Rahsia Fazura Kekal Muda & Cantik

Bagaimanapun,majlis resepsi tersebut adalah hanya sebuah majlis resepsi yang tertutup dan bakal dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat mereka sahaja. Manakala, buat peminat yang mahu meraikan mereka, pasangan ini telah bersepakat untuk mengadakan majlis resepsi yang kedua iaitu pada 11 Mac depan.

“Untuk majlis resepsi pada 25 Februari ini, saya akan menggunakan tema ‘fairytale’ dan majlis resepsi ini akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan yang terdekat.

Manakala majlis resepsi kedua buat peminat semua akan diadakan pada 11 Mac depan, lokasi belum dapat dipastikan lagi, dan akan dimaklumkan kemudian,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Pratonton Filem TV ‘Janji Zehan’.

Sementara itu, Fazura turut menyatakan bahawa dia dan suaminya, Fattah Amin masih dalam proses mengenali, dan dia juga mengakui Fattah seorang suami yang penyabar.

“Kami dalam proses masih mengenali antara satu sama lain, dan saya bersyukur sebab Fattah ini seorang yang penyabar,” ujarnya ringkas. (rtky/h)