fbpx

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Nelydia Senrose

Akibat gagal menghadiri prosiding kes melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap. Menerusi kenyataan LHDN, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi lima tahun.

BACA: Nelydia Senrose Pilih Jual Baju Tidur Jenama Sendiri

“Nelydia dikehendaki mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau sebarang wakil gagal hadir”

“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,” tulis kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, menerusi laporan Harian Metro juga, Nelydia turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN. (rkty/w)