Selebriti popular Neelofa meluahkan rasa syukur dengan pencapaian dirinya yang berjaya mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menghabiskan 10 topik dalam jilid satu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata masih jauh lagi perjalanannya dan berdoa agar dipermudahkan buatnya untuk menguasai bahasa Arab agar mudah memahami Al-Quran.
BACA: “Letak Suami Di Tempat Yang Betul, Hormati Dia” – Neelofa

“Sekarang sudah bab 10 untuk buku 1. Masih jauh perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai tahap ini.
“Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai bahasa Arab. Semua milik Allah, moga Allah rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti, insya-Allah,” tulisnya.
Sementara itu, Neelofa berkata dia pernah mengikuti kelas bahasa Arab namun terkandas separuh jalan dan impiannya mahu memahami Al-Quran dengan membaca seperti buku cerita.
“Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab (untuk faham Quran, baca Quran macam baca buku cerita, nak belajar lebih tentang hadith, nak bercakap kalau di Tanah Suci).
“Tapi tak tahu macam mana nak jadikan realiti, sebab sebelum ini dah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan, sebab susah, sebab ‘mindset’.” tulisnya.