Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas rakan niaga bekas model, Zahnita Wilson sekaligus mengejutkan ramai.

Wanita dikenali sebagai Hanisa itu mendakwa dia antara individu terawal membantu Zahnita dan namun selepas beberapa bulan bekerjasama dia menyedari banyak perkara diputar belit.

BACA: “Kisah Dongeng Disajikan Tidak Benar” – Bekas Rakan Niaga Spill Tentang Zahnita

Terbaru, lebih banyak didedahkan oleh Hanisa dimana wanita itu mendakwa mata Zahnita bukan ditumbuk suami tetapi dihempuk mainan oleh anak bongsu ketika sedang tidur.

“Untuk apa yang saya spill hari ini harap dapat clearkan sikit nama anak sulung terutamatanya. Mata Zahnita bukan kena tumbuk suaminya. Tapi dihempuk mainan anak bongsu ketika sedang tidur,” katanya.

Sementara itu, Hanisa mendakwa suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse tidak pernah mencarinya untuk memburukkan isterinya dan dakwaan ditumbuk suami adalah tidak betul.

“Kes pukul yang kata suami dia tumbuk tu dan kata suami rosakkan hidup dia pun tak benar. Beratus ribu dah bagi dekat Zahnita nak sokong buat macam-macam, tapi tak ada hasil.

“Macam mana suami positif dadah? Dia percaya, isteri dia letak dalam makanan. Mana dia dapat dadah? Hanya keluarga dia je yang tahu,” katanya.

Lebih mengejutkan, Hanisa mendakwa dia akan menyerahkan semua bukti termasuk gambar ketika anak bongsu pelakon itu lemas kepada suami Zahnita.

“Untuk segala bukti yang saya ada, termasuk gambar ketika anak bongsunya lemas, saya akan serahkan kepada suami dia. Ni sekarang ada jiran bagi gambar dekats aya, anaknya terlepas beberapa kali dalam kawasan perumahan,” katanya.

×