Pelawak Mamat Sepah tiada komen susulan kenyataan oleh penyampai radio Jep Sepahtu yang tidak berpuas hati apabila namanya dipetik dalam satu podcast.
Memetik HibGlam, Mamat berkata dia lebih senang untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas mengenai podcast berkenaan termasuk kenyataan Jep dipercayai ditujukan kepadanya dan Shuib.
BACA: “Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal Aku” – Posting Mamat Sepah Jadi Perhatian
“Mohon maaf, saya tiada komen. Saya tiada apa hendak komen tentang podcast (audio siar) itu. Terima kasih,” katanya.
Semalam, perkongsian Jep menjadi perhatian apabila meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah podcast, namun tidak dinyatakan podcast mana yang dimaksudkan.
Terdahulu, Mamat menjadi tetamu jemputan Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan. Menerusi podcast itu, Mamat berkongsi kenangan dan perjalanan kumpulan Sepah.
SUMBER: HibGlam