Umum mengetahui, Ahad lalu pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Bella meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang diberikan meskipun dia berpendapat ramai lagi yang lebih layak namun dia percaya bahawa ianya rezeki dari Allah.
BACA: Bella Astillah Terima Anugerah Ikon Ibu Muda
“Alhamdulillah. Saya benar-benar berbesar hati menerima Anugerah Ikon Ibu 2025. Sejujurnya saya rasa ada ramai lagi yang lebih layak tetapi saya percaya ini rezeki dari-Nya. Syukur Alhamdulillah,” katanya.
Bagaimanapun, Bella turut memohon maaf susulan pemakaian yang digayakan tidak mengikut ‘dress code’ kerana tidak dimaklumkan mengenai kod pakaian.
“Saya juga ingin memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang disebabkan oleh pakaian saya. Saya dan pasukan tidak dimaklumkan tentang kod pakaian. Sekiranya saya tahu, pasti akan berpakaian yang sesuai. Saya sangat mementingkan penampilan. Saya berasa kecewa juga. Saya minta maaf,” katanya.