“Maaf Saya Team Fattah Amin” – Peguam Syarie

Pelakon Nur Fazura membuat pendedahan mengejutkan mengenai punca dia memfailkan cerai terhadap bekas suaminya Fattah Amin kerana aktor itu mengabaikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku curang.

Susulan pendedahan itu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai pasangan itu malah turut mendapat perhatian pengamal undang-undang iaitu peguam syarie, Hafidzah Hassan.

BACA: “Fattah Curang, Abai Nafkah & Buat Hidup Sengsara”

Menerusi perkongsian di Facebook, Hafidzah berkata dia memberikan sokongan kepada Fattah apatah lagi selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah serta syariah.

Perkongsian peguam itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menyokong Fattah apatah lagi selepas melihat aktor itu menjawab dakwaan bekas isterinya.

×