Tahniah diucapkan buat pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya yang selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam satu majlis yang diadakan di Bali Indonesia sebentar tadi.
Majlis perkahwinan serba indah pasangan itu bertemakan gabungan budaya Jawa dan Eropah.
BACA: Luna Maya Mengaku Dulu Dia Bodoh
View this post on Instagram
Hubungan cinta pasangan itu diketahui ramai pada Disember 2022 apabila mereka tampil secara terbuka di khalayak ramai.
Meskipun berbeza usia 10 tahun, namun tidak menghalang pasangan itu menjalin hubungan cinta dan akhirnya selamat mendirikan rumah tangga.