fbpx

Luahan Hati Sufian Suhaimi Buat Siapa?

Baru-baru ini Sufian Suhaimi sendiri ada mendedahkan hubungannya dengan Elfira Loy kini sedikit ‘complicated’, namun tidak pula beliau menjelaskan lanjut mengenainya. Terbaru, Sufian ada meluahkan sesuatu seolah isi hati yang sudah terbuku lama, tapi persoalannya untuk siapa?

BACA: Sufian Suhaimi Akui Lalui Ujian Bertunang

Menerusi Insta story, Sufian menyatakan perasaan sedih andai terpaksa melepaskan orang tersayang. Sebelum ini Elfira mengakui mereka juga seperti pasangan lain melalui dugaan dalam hubungan bertunang.

Pastinya bagi siapa yang membaca luahan hati Sufian tertanya-tanya kepada siapakah luahan itu ditujukan. Harapnya hubungan Sufian dan Elfira baik-baik sahaja. Semoga keduanya kuat dan sabar mengharungi dugaan bertunang. (rtky/w)