fbpx

Lisa Surihani, Yusry KRU Bakal Dapat Anak Kembar?

Perhatian buat peminat Lisa Surihani di luar sana, khabarnya pelakon ini sedang mengandungkan anak kembar dan ini pastinya membuatkan lebih ramai peminat tidak sabar dan tertunggu-tunggu mengenai berita gembira ini keluar dari mulut mereka sendiri.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Lisa Surihani & Yusry Nafi Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV

Menurut nukilan Miss J di Utusan Online semalam, antara perkara yang turut diperkatakan mengenai selebriti tersebut, kononnya mereka menggunakan kaedah tabung uji (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Tidak tahu samada perkara tersebut adalah benar atau tidak, apa-apa pun jika benar, usaha pasangan ini untuk mendapatkan zuriat tidak bercanggah dengan hukum Islam dan juga sistem perundangan negara.

Malah tindakan Yusry dan Lisa yang banyak berahsia mengenai kandungan mereka juga merupakan satu langkah yang bijak.

Apa yang penting, Lisa kena jaga kesihatan kandungan dan mereka tidak perlu layan mulut-mulut yang sentiasa mencari kekurangan insan lain. (rtky/syfq)