fbpx

Baru baru ini timbul berita tentang kerajaan persekutuan Malaysia tengah step up our game dengan bina pangkalan laut baru di Bintulu, Sarawak, bagi melindungi seluruh Malaysia Timur. Langkah ini muncul sebab ketegangan makin panas dengan China di Laut China Selatan.

Pangkalan ni dijangka siap tahun 2030 dan akan jadi benteng kuat untuk Sarawak dan Sabah, terutamanya bila kapal perang China asyik langgar masuk Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia dekat pantai Sarawak.

Konflik Serantau yang Panas

Bukan Malaysia je rasa tekanan, negara lain pun kena. Bulan Ogos lepas, kapal pengawal pantai Filipina kena langgar tanpa sebab tiga kali dengan kapal China. Tidak lama kemudian pada 29 September kapal China pulak masuk perairan Vietnam, attack bot nelayan dan cederakan 10 orang.

Malaysia sendiri tak terkecuali apabila pada awal bulan tu, tiga kapal perang China dilaporkan masuk ZEE kita, chill je kat dekat pelantar minyak luar pesisir Sarawak.

Menurut laporan Asia Maritime Transparency Initiative, ada sekurang-kurangnya satu kapal pengawal pantai China yang masuk dan beroperasi dalam perairan Malaysia setiap hari dari Januari sampai September tahun ni. Kebanyakannya lepak dekat Terumbu Luconia, kira-kira 100km dari pantai Sarawak, area yang penuh projek minyak dan gas (O&G) negara.

China dan Peta “Sembilan Garisan Putus-Putus”

Bulan Ogos yang satu dokumen diplomatik dari China bocor dan katanya Beijing tak puas hati dengan aktiviti Malaysia dekat kawasan ni. Sebab? Mereka claim kawasan ni milik mereka ikut peta “sembilan garisan putus-putus”.

Dalam peta ni, China claim banyak kawasan ZEE Malaysia di Sarawak dan Sabah, termasuk Terumbu Luconia, tapi tak usik perairan Semenanjung Malaysia. Mereka juga claim kawasan maritim milik Vietnam, Brunei, Indonesia, dan Filipina.

Apa Peranan Pangkalan Laut Bintulu?

Pangkalan laut baru ni akan jadi penambahan baru kepada tiga pangkalan sedia ada kat Malaysia Timur—Labuan, Teluk Sepanggar, dan Sandakan. Selain tu tahun lepas, Kementerian Pertahanan umumkan bakal bina pangkalan TUDM dekat airport Bintulu. Projek ni dah dapat greenlight kerajaan Persekutuan Jun lepas, dan sekarang tengah settle beli tanah untuk bina pangkalan tu.

Bintulu ni strategik gila sebab dekat dengan Terumbu Luconia dan medan gas Kasawari yang memiliki kira-kira 90.61 bilion meter padu gas asli. Pangkalan baru ni boleh bagi respons sepantas kilat kalau ada pencerobohan dari pihak luar.

Sarawak pun dah lama minta Putrajaya lebihkan kehadiran ketenteraan kat Bintulu sebab bandar ni makin penting sebagai pusat industri dan sumber semula jadi.

Bintulu ni juga rumah kepada kompleks LNG (gas asli cecair) Petronas, yang proses gas dari Sarawak. Fun fact: 61% daripada rizab minyak Malaysia ada kat Sarawak, berbanding Semenanjung (20%) dan Sabah (19%). Oh, dan 90% kargo LNG Petronas datang dari atau lalu Sarawak.

Melindungi kawasan ni bukan main-main—Petronas dah contribute RM1.2 trilion kepada ekonomi Malaysia dari aktiviti O&G kat sini.

Diplomasi Still Jadi Cara Utama

Tapi jangan risau kerajaan kita masih pilih jalan damai dan diplomasi. Apabila negara kita jadi pengerusi ASEAN pada 2025, kerajaan berharap untuk settle rundingan dengan China tentang kod tatakelola di Laut China Selatan — topik yang sudah menjadi perbincangan sejak 2018.