fbpx

Linda Rafar: Saya Fobia, Tawar Hati Dengan Sikap Dia

Linda Rafar hari ini telah menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Pelakon tersebut tiba di mahkamah pada 9.30 pagi bersama beberapa ahli keluarga.

BACA: Linda Rafar Mendakwa Suami Sudah Lafaz Cerai

Menurut Linda, suaminya itu melafazkan cerai terhadapnya kira-kira 7.30 pagi Selasa lalu di kediaman mereka di sini dengan disaksikan ibu dan dua anaknya. Tambah Linda, dia sukar menerima tindakan suaminya itu kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumah tangganya.

“Saya fobia dan tawar hati dengan dia terhadap apa yang berlaku ini malah dia tidak mengaku dengan apa yang dilafazkan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Syed dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3. Sebelum ini, Syed menafikan bahawa dia telah melafazkan cerai terhadap Linda dan mahu kembali memperbaiki hubungannya bersama isteri. (rtky/s)