Leona Serius Nak Bedah Kecilkan Payudara

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan hasrat untuk menjalani pembedahan mengecilkan payudaranya kerana kesihatan selepas berdepan dengan masalah sakit belakang.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Leona berkata disebabkan keadaan payudaranya itu dia terpaksa memakai baju bersaiz besar sedangkan badannya bersaiz S.

BACA: Azhar Sulaiman Dedah Imam Muda Nak Jadi Suami Leona

“Saya mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara dan saya serius. Saya juga tidak mahu sakit belakang lagi.

“Saya selalu memakai baju besar, macam mana nak cakap? Pinggang dan bahagian badan utama saya saiz S. Tetapi sebab dada saya sangat besar, kadang-kadang saya perlu pakai baju saiz M atau L,” katanya.

Sementara itu, Leona turut mengatakan dia juga kelihatan gemuk disebabkan payudaranya yang dilihat tidak sesuai serta tidak seimbang dengan saiz badannya.

“Meskipun saya lebih kecil, payudara saya masih kelihatan besar seperti tidak sesuai dengan badan saya. Saya marah dengan diri sendiri, saya tidak gemuk tetapi nampak seperti berisi sebab keadaan payudara saya,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×