#LensaFINAS: Zed Zaidi Angkut Warga Industri & Media ke Langkawi!

Langkawi memang terkenal dengan pantai cantik dan tempat lepak viral. Tapi minggu lepas, pulau ni jadi lokasi ‘latihan ketenteraan mini’ untuk golongan artis dan media.

Kursus Asas APM Briged Seni Kreatif Siri 1/2025 yang berlangsung 4-6 Julai 2025 hasil kerjasama padu FINAS dengan APM Negeri Selangor telah pun berlangsung dengan penuh semangat jitu!

Bukan sekadar bagi talk atau ceramah, tapi betul-betul turun padang untuk ajar peserta cara berdepan bencana, kawad kaki, ikhtiar hidup, pengurusan kecemasan. Semua ni real gais, no gimmick.

Dalam video YouTube rasmi FINAS ni pun korang dah boleh tengok jelas vibe dorang. Ada yang kena belajar ikat anduh, CPR, dan banyak lagi aktiviti yang boleh memberi input kepada peserta yang hadir selama 3 hari ini.

Paling best, siap ada pengajar APM yang serius mengajar satu-satu langkah. Dah macam latihan askar mini tapi untuk warga seni.

Walau panas dan keletihan, mood para peserta tetap positif. Ada gelak semasa training, penuh kerjasama, tapi setiap modul dimulakan secara serius dan professional. Yang penting semuanya bersemangat nak belajar ilmu baharu.

Yang paling mencuri spotlight, of course Zed Zaidi.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia ni bukan setakat hadir acah VIP. Dia literally join semua aktiviti yang disediakan di sini.

Ramai peserta lain pun dari industri kreatif nampak dalam video ni. Antaranya Rotikaya, Siakap Keli dan Mstar. Semua sama-sama berpanas, teamwork dan bersuka ria masa training, tapi maintain fokus!

Kenapa Kursus Macam Ni Power?

Sebab ia betul-betul ubah imej “artis glamor” yang orang selalu pandang atas pentas je, bagi exposure real-life survival macam latihan askar mini.

Peserta kena asah disiplin dan teamwork – bukan main-main, kena dengar arahan kawad, tolong kawan belajar CPR, semua hands-on.

Dalam masa sama, dia bina kesedaran sosial yang artis ni bukan setakat entertain orang, tapi sedia bantu kalau negara perlukan.

Paling best, kursus ni eratkan hubungan industri kreatif dengan APM dan FINAS. Dan yang paling penting, jadi contoh untuk artis lain turun padang join program sebegini.

Kata Zed Zaidi, program seperti ini boleh membuka mata masyarakat dan ajak lebih ramai artis join. Kursus macam ni juga adalah bukti untuk tunjuk penggiat seni pun boleh jadi sukarelawan terlatih.

Filem Kita, Citra Kita

Serius salute dekat FINAS dan APM sebab buat kursus macam ni. Kalau benda ni konsisten setiap tahun, industri hiburan Malaysia bukan je maju dari segi karya, tapi maju juga dari segi nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

Kesimpulannya, kursus ni bukan setakat bagi ilmu, tapi ubah mindset. Boleh harap lepas ni makin ramai artis dan krew produksi berani angkat tangan bila negara perlukan.

Artis bukan sekadar buat orang ketawa atau menangis depan skrin, tapi juga jadi barisan depan bila perlu bantu rakyat. Respect!

×